July 18, 2010
Black Garlic @ Bawang Putih Hitam???
Black Garlic (Bawang Putih Hitam) adalah terhasil dari penuaan @ aging dari bawang putih biasa. Proses penuaan melibatkan suhu yang tinggi pada bawang putih sehingga terhasil isi yang hitam. Proses ini telah menghilangkan bau tajam dan rasa yang kuat kepada rasa yang kenyal, sedikit manis dan rupa yang di salai. Boleh dimakan terus dalam jumlah yang banyak tanpa kesan bau. Ia mempunyai khasiat 10kali ganda dari bawang putih biasa.
Tahap kemampuan antioksidan di dalam “Black Garlic” meningkat 10 kali ganda dari bawang putih mentah biasa, akan tetapi, kebaikan atau khasiat bawang putih biasa itu masih ada di dalam “Black Garlic”. Sumber kajian luar mendapati ada aktiviti antioksidan yang ketara pada ekstrak “Black Garlic” di dalam sel darah merah.
“Black Garlic” di jadikan sebagai bahan makanan dan di perolehi tanpa sebarang bahan tambahan atau bahan pengawet, hanya melalui proses penuaan. Oleh itu, ia sangat sesuai dijadikan sebagai bahan makanan kesihatan kerana sifatnya yang asli dan mudah di makan.
Kandungan ‘polyphenol’ di dalamnya juga meningkat secara ketara, yang mana ini sangat bagus untuk mencegah pengoksidaan kolesterol, menghalang penghasilan oksigen aktif dan mencegah ‘arterial sclerosis’
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment