Terdapat kajian meluas yang menyokong penggunaan bawang putih sebagai makanan untuk tujuan perubatan. Ini adalah berikutan dengan komponen bioaktif yang terdapat dalam bawang putih. Antara kebaikan biologi termasuklah pengurangan risiko penyakit yang berkaitan dengan system kardiovaskular dan kanser, pemangkin kepada sistem imunisasi badan, meningkatkan proses detoksifikasi tubuh, perlindungan terhadap bahan yang tinggi radioaktif, memulihkan kekuatan stamina badan, bersifat antibakteria dan antiviral, mempunyai ketahanan terhadap pelbagai tekanan and potensi kesan penuaan
Walau bagaimanapun, kesemua kebaikan yang terdapat pada bawang putih ini adalah bergantung kepada cara bagaimana kita mengambil bawang putih itu sendiri. Bahan utama atau ‘jantung’ kepada bawang putih adalah Alliicin, yang mengandungi sifat biokimia kompleks yang menakjubkan. Akan tetapi sifat ini tidak mudah di serap kedalam air, maka dengan itu, ia tidak mudah di serap ke dalam sistem badan. Aliicin selalu di salah anggap sebagai ‘Minyak bawang putih’ dan di makan dalam bentuk minyak dengan tanggapan dapat memberikan khasiat bawang putih. Akan tetapi, kehadiran Allicin tidak dapat di kesan di dalam darah atau air kencing walaupun selepas makan bawang putih dalam bentuk mentah ataupun minyak bawang putih kerana unsure Alliciin telah di hapuskan oleh asid perut itu sendiri.
Apabila bawang putih di masak, agen biokimia – Alliinase akan musnah, maka oleh itu, Alliicin tidak boleh terbentuk. Ini menjelaskan lagi mengapa terdapat kurang baud an rasa yang kurang menyenangkan apabila kita makan bawang putih yang di masak. Ini juga bermakna bahawa kita telah kehilangan khasiat atau kebaikan yang terdapat pada Alliicin dan juga komponen biokimia yang terdapat di dalam nya. Adalah lebih baik untuk mengambil bawang putih secara mentah daripada yang di masak. Tapi masalah nya di sini, adakah kita dapat makan bawang putih biasa itu secara mentah? Di sebabkan oleh rasa yang pedas, serta bau yang busuk, adalah mustahil untuk kita makan bawang putih biasa secara mentah. Amat rugi sekali dengan adanya bahan makanan semulajadi yang mampu membawa kita ke arah kesihatan yang baik, tetapi kita tidak dapat mengambil keseluruhan bahan yang terkandung di dalamnya untuk kesihatan kita kerana bau serta rasa yang kurang menyenangkan.
Di bandingkan dengan bawang putih mentah, BLACK GARLIC telah terbukti mempunyai kesan yang lebih efektif. Komponen bioaktif BLACK GARLIC sangat mudah diserap serta diproses oleh sistem tubuh. Alliicin yang terdapat pada bawang putih biasa adalah tidak boleh diserap oleh air dan juga tidak dapat ditukarkan kepada bahan biokimia yang lain secara serta merta.Walaubagaimanapun, sewaktu proses fermetasi, Alliicin ini telah ditukarkan kepada S-Allylcysteine (SAC) yang lebih mudah diserap air. Selain daripada bahan bio-aktif SAC, BLACK GARLIC juga mengandungi aktiviti antioksidan, dimana bawang putih mentah atau yang dipanaskan hanya boleh menjadi pemangkin kepada aktiviti antioksida. Elemen S-Allycystaine itu hanya boleh dijumpai di dalam BLACK GARLIC, dan ianya sangat berkesan bagi mencegah prolifirasi sel kanser. Rasanya yang manis juga lazat bila di makan secara mentah. Ia juga membawa khasiat yang sangat berguna dan sangat bagus untuk sistem tubuh.
Oleh itu, faktor utama yang menjadikan BLACK GARLIC sebagai pilihan yang bijak untuk kesihatan yang baik adalah bukan sahaja kerana ianya tidak mempunyai bau seperti bawang putih biasa, tetapi, dengan kehadiran bahan bio-kimia S-Allylcystein (SAC) yang terdapat di dalamnya.
No comments:
Post a Comment